Pages

Tuesday, 22 November 2011

Bagaimana Menghargai Mata Kita

Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Apakah Faedahnya?
Antara faedah yang dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah SWT, keesaanNya dan kekuasaanNya.
Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu.
Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha dan terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga
Bagaimana Menghargai Mata?
Mensyukuri mata itu ialah memelihara dan mengawasinya daripada melihat setiap yang haram seperti melihat perempuan yang lain selain isterinya, hamba sahaya dan muhrimnya, dan juga melihat remaja yang muda belia umpama melihat aurat lelaki dan seumpamanya. Oleh sebab itu, lazimilah mengawasi mata anda daripada melihat dan memerhatikan setiap yang haram tersebut.
Kenapa?
Kerana Allah SWT ada berfirman di dalam surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah wahai Rasulullah kepada orang-orang yang beriman lelaki, "Hendaklah mereka memejamkan (menahan) pandangan matanya (melihat yang terlarang yang tidak harus kamu melihatnya) dan memelihara kemaluan mereka (jangan berzina dan pasti mereka menjaga kemaluan mereka daripada perlakuan sedemikian) itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat (sama ada zahir maupun batin mereka akan diberi balasan atas perbuatan mereka itu)".
Ayat tersebut mengajar kita agar berkelakuan baik di samping memberitahu dan menimbulkan rasa takut kita untuk melakukannya. Kita diajar supaya sentiasa beradab dalam apa jua situasi.
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, pasti mereka menahan dan memejamkan pandangan mata mereka daripada melihat sesuatu yang terlarang dan tidak halal dipandang".
Allah SWT menyuruh hambaNya supaya berkelakuan baik iaitu mengawasi matanya daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluannya daripada yang tidak halal.
Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap hambaNya menjunjung perintah Tuhannya, dan jika tidak sudah pasti ia akan berkelakuan jahat dan memang wajarlah ia dimurkai dan diseksa.
"Menahan pandangan mata dan menjaga kemaluan itu adalah lebih suci bersih bagi mereka".
Allah SWT mahu hambaNya memejamkan mata dan memelihara kemaluan untuk mensuci bersihkan hati daripada segala dosa dan untuk memperbanyakkan lagi sesuatu amalan yang baik.
Sementara menimbulkan rasa takut (menakutkan), Allah SWT berfirman, "Sesungguh Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang mereka perbuat sama ada zahir mahupun batinnya".
Allah SWT akan membalasnya apabila ia berkelakuan baik, pasti ia akan diberi balasan pahala, kesenangan syurga. Sebaliknya jika ia memiliki kejahatan, pasti Ia akan dibalas dengan balasan seksa dan api neraka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ghafir (Al-Mukmin) ayat 19 :
"Dia (Allah Taala) mengetahui (pandangan) mata yang khianat (pandangan yang terlarang seperti melihat wanita yang bukan muhrim) iatu mata itu mencuri memandang kepada yang haram dan terlarang. Dia mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh hati yang bercita-cita sama ada untuk melakukan kejahatan mahupun kebaikan".

Buat sekian lame...

assalamualaikum...
buat beberapa lame ak xsntuh lasom ini blog..huhu..
n0w!!edit time..huhu
harap2 ape yg ak share2 ini bermanfaat untuk semue org..amin...
ape2pom komen2 la ape yg patok bg improvement my blog..okep?

Friday, 18 November 2011

KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua


Ø       Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Ø      Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Ø      Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.

Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi,Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis



Ø      Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Ø      Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong  yang boleh membawa kepada penzinaan


Ø     

Followers